fbpx

Reka cerita disamun, pembantu kedai makan ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditahan polis hari ini selepas didapati membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun sekumpulan lelaki awal pagi tadi.

Pembantu kedai makan berusia 21 tahun itu ditahan di Jalan Besar, Telok Air Tawar Butterworth di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek membuat laporan polis kononnya dia disamun empat lelaki ketika menunggang motosikal di Jalan Permatang Tok Jaya, Penaga, Kepala Batas di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Menurutnya, suspek mendakwa dia diacukan pisau pada leher dan empat lelaki bermotosikal sebelum mengambil begnya yang mengandungi wang RM1,300 dan sebuah telefon pintar.

“Bagaimanapun siasatan lanjut polis mendapati dia sebenarnya membuat laporan palsu kerana telah menggunakan wang majikan sebanyak RM1,000 untuk kegunaan sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI