fbpx

Perintah berkurung seminggu di New Delhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk New Delhi mengerumuni stesen bas untuk pulang ke kampung selepas Ketua Menteri mengumumkan perintah berkurung selama seminggu di bandar itu bermula hari ini. - AFP

NEW DELHI – Ibu negara India, New Delhi dikenakan perintah berkurung selama seminggu selepas sistem kesihatannya mencapai tahap kritikal dengan kesemua katil hospital dan tangki oksigen habis digunakan, lapor akhbar Arab News, hari ini.

Semalam, India mencatat peningkatan kes positif Covid-19 yang di luar jangkaan apabila 273,810 disahkan dijangkiti wabak maut itu.

Bandar ini juga mencatatkan 161 kematian berkaitan koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal menyifatkan situasi itu sangat kritikal sambil menambah bahawa perintah berkurung adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk mengelakkan bencana yang lebih besar.

“Sistem kesihatan Delhi berada di titik pengakhiran. Saya tidak akan mengatakan ia sudah runtuh tetapi keadaan sekarang sangat kritikal.

“Saya selalu membangkang arahan perintah berkurung tetapi ini akan mengurangkan kadar transmisi wabak dan memberi kita waktu untuk meningkatkan infrastruktur kita. Tempoh seminggu perintah berkurung ini akan digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan kita,” katanya dalam sidang media di saluran televisyen tempatan.

Beliau turut memaklumkan telah memohon bantuan daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi mengelakkan krisis lebih serius di negeri itu.

Selain New Delhi, Mumbai juga turut dikenakan perintah berkurung sejak minggu lalu dan ia dijangka berlarutan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI