fbpx

Kertas siasatan kes Neelofa diserah semula pada TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sekitar pernikahan Neelofa dan Haris.

PETALING JAYA – Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan selebriti yang juga usahawan popular, Neelofa dan suaminya Haris Ismail telah diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan telah dihantar semula semalam selepas beberapa pertambahan mengikut arahan pihak berkenaan sebelum ini dilakukan.

“Kami akan maklumkan perkembangan kes ini kelak,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah dibuka pihak polis selepas majlis perkahwinan pasangan terkenal itu tular dan menerima kecaman daripada netizen.

Dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang pada 27 Mac lalu itu, tular beberapa keping gambar memaparkan kegagalan para hadirin untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Menurut Mohamad Zainal, kesalahan melanggar Akta 342 dan Peraturan di bawahnya bagi kes selebriti Neelofa adalah satu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 25 Akta yang sama.

“Pasangan berkenaan juga boleh dituduh di mahkamah yang mana hukumannya adalah penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun terpulang kepada TPR untuk memutuskannya setelah meneliti kertas siasatan yang kita serahkan kepada mereka,” jelas beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI