fbpx

Jabatan Kesihatan Perak siasat pelajar kena kompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan di Twitter yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng dikenakan kompaun RM1,5000 kerana tidak pakai pelitup muka.- FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan kes tular pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya awal pagi tadi.

“Siasatan segera sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah,” katanya.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/20/caprice-sedia-bantu-pelajar-kena-kompaun/

Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.

Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.

Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI