fbpx

Caprice sedia bantu pelajar kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice

PETALING JAYA – Penyanyi rap Caprice menawarkan diri untuk membantu pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang didakwa dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menerusi status Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bersedia membayar kompaun berkenaan selain mahu menghadiahkan baju raya kepada pelajar terbabit.

“Siapa-siapa kenal pelajar ini tolong DM (mesej) saya. Caprice dan Hijabista.hub nak bayar kompaun mereka dan bagi baju raya Caprice,” tulisnya.

Terdahulu, satu ciapan di Twitter yang dipercayai dimuatnaik seorang lelaki menarik perhatian warga maya apabila mendedahkan terdapat pelajar di kolej berkenaan dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/20/jabatan-kesihatan-perak-siasat-pelajar-dikenakan-kompaun-rm1500/

Tindakan petugas agensi terbabit yang disifatkan ramai sebagai tanpa budi bicara itu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mempersoalkan kompaun dikeluarkan.

Difahamkan, kesemua pelajar kolej itu telah lima bulan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka bagi mengekang penularan Covid-19. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI