fbpx

IU ada 20 juta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

PENYANYI terkenal IU membuktikan dirinya memang cukup popular bukan sahaja di negara sendiri bahkan dikenali seluruh dunia.

Penyanyi solo yang juga pelakon itu baru-baru ini secara rasmi berjaya mencatat seramai 20 juta pengikut dalam Instagramnya.

Meraikan jumlah tersebut, pelakon drama Hotel Del Luna itu kemudian memuat naik InstaStory dengan berkongsi tangkap layar profil Instagramnya yang menunjukkan jumlah pengikut terkini.

“20 juta orang yang sedang melihat saya ketika ini,” tulisnya yang terkenal dengan gelaran ‘Queen’ dalam kalangan peminat.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi bertubuh genit itu baru meluncurkan album terbaharunya, LILAC pada 25 Mac lalu.

IU sebelum ini telah merangkul pelbagai anugerah termasuk tujuh kali memenangi anugerah dalam bidang muzik, malah tiga kali menjuarai rancangan popular, Inkigayo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI