fbpx

Dua bazar Ramadan tidak patuh SOP diberi notis amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (kiri) ketika meninjau Bazar Ramadan Pekan Kepala Batas di Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua bazar Ramadan di Kepala Batas di sini diberi notis amaran selepas didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ia membabitkan Bazar Ramadan Pekan Kepala Batas dan Bazar Ramadan Penaga.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tinjauan pihaknya mendapati penganjur kedua-dua bazar berkenaan gagal mematuhi SOP.

“Antara kesalahan adalah tidak mengawal jumlah pengunjung, gagal catat nama yang betul pada buku catatan, pekerja melebih dua orang di satu gerai dan isu pemakaian apron pakai buang.

“Oleh itu, wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis serta merta kepada penganjur untuk menambah baik SOP,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan semula di kedua-dua bazar berkenaan esok bagi memastikan penganjur mematuhi notis yang dikeluarkan.

“Jika masih gagal patuhi SOP, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan bazar akan diarahkan tutup,” katanya.

Daerah ini meluluskan pembukaan 19 bazar Ramadan dan satu bazar Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI