fbpx

Bermesyuarat secara maya di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Kuala Lumpur City Centre yang dimiliki Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan pakej mesyuarat maya khas bagi menganjurkan mesyuarat pada skala besar sejajar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Pengurusnya, Zakaria Ismail berkata, pakej tersebut membolehkan latihan dan mesyuarat secara maya dapat dijalankan dalam keadaan normal selaras kemajuan teknologi digital.

“Pakej Mesyuarat Maya adalah cara yang berkesan untuk memastikan peserta dan pasukan mereka berhubung di pelbagai lokasi pada masa yang ditetapkan.

“Kami menyediakan penyelesaian hibrid dan kemudahan penstriman yang bersih, selamat dan fleksibel melalui pelbagai ciri acara maya dan interaksi peserta secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Zakaria menjelaskan, semua protokol kebersihan telah dipertingkatkan selain susunan bilik mematuhi SOP untuk memastikan keselesaan peserta.

Tambahnya, persekitaran mesyuarat cara baharu itu menawarkan suasana kontemporari dengan peserta berhubung secara maya selain mengekalkan penjarakan fizikal pada aras berbeza, namun berada di bawah bumbung yang sama.

Peserta turut berpeluang menikmati menu khas yang disediakan pasukan cef dan boleh dibungkus atau dihidangkan di ruang makan yang disediakan.

Pakej tersebut menawarkan penggunaan ruang mesyuarat harian sehingga tiga orang setiap bilik, bergantung kepada kapasiti bilik.

Selain itu, peserta juga akan dapat mengadakan mesyuarat secara bersemuka dengan protokol penjarakan fizikal yang ketat.

“Pakej mesyuarat turut dilengkapi internet tanpa wayar (Wi-Fi) berkelajuan tinggi, peralatan audio visual dan sokongan teknikal di lokasi bagi membantu peserta yang memerlukan.

“Peserta juga akan terus bertenaga sepanjang hari dengan hidangan kopi dan teh sepanjang masa yang disediakan percuma,” katanya.