fbpx

16 Jun tarikh nasib pemandu lori dituduh bunuh isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satvender akan mengetahui nasibnya 16 jun depan selepas didakwa membunuh isteri dan anaknya, lima tahun lalu.

SHAH ALAM – Nasib seorang bekas pemandu lori yang didakwa membunuh isteri dan anak perempuannya lima tahun lalu akan diketahui pada 16 Jun depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Penetapan tarikh tersebut selepas Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan terhadap tertuduh, Satvender Singh berusia 35 tahun.

Mengikut pertuduhan, Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya, Ishilyn Kaur Sandhu, di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara pukul 3.55 pagi hingga 4.15 pagi, 14 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd. Khairudin telah mengemukakan 16 saksi sepanjang perbicaraan.

Tertuduh diwakili Datuk Rajpal Singh telah memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi semasa perbicaraan pembelaan sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI