fbpx

Usaha sama Chin Hin, 10XCEOs bangunkan pusat transformasi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAW CHOON (duduk, kiri) memeterai MoU dengan Chee (duduk, kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah pusat transformasi perniagaan dan kehidupan, 10X Valley bakal membangunkan 10 syarikat berdaya saing dan bersedia untuk me­laksanakan Tawaran Awam Awal (IPO) menjelang tahun 2023.

Misi ini bakal direalisasikan selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Chin Hin Group Property Bhd. (Chin Hin) dengan 10XCEOs Sdn. Bhd. (10X CEOs) baru-baru ini.

Pengarah Urusan Chin Hin Group, Chiau Haw Choon berkata, usaha sama tersebut adalah untuk membangunkan 10X Valley yang mana ia bakal menjadi platform dilengkapi pelbagai infrastruktur untuk melahirkan syarikat yang bersedia menceburi bidang perniagaan berkaitan francais serta melaksanakan IPO.

Menurut beliau, terdapat 10 elemen yang terdapat di 10X Valley, antaranya adalah penyediaan hab untuk segmen penyumberan luar global, ruang dewan dan bilik mesyuarat, lot pejabat, pusat kesihatan dan holistik, restoran, unit kediaman, lot komersial, pusat pendidikan awal kanak-kanak yang turut menempatkan ibu pejabat Chin Hin.

“Kami optimis, dalam tempoh 10 tahun akan datang, platform ini akan membangunkan kira-kira 100 syarikat yang telah bersedia untuk melaksanakan IPO, yang mana jumlah tersebut adalah 10 peratus daripada ahli 10X Valley,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU di galeri jualan projek hartanah 8th & Stellar di Wisma Chin Hin dekat sini.

Turut hadir Pengasas 10X CEOs, Joescher Chee.

Tambah Haw Choon, 10X Valley bakal menjadi hab penyelesaian sehenti untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memberi peluang kepada usahawan berkongsi sumber dan akses.

Ia bertujuan untuk menjadi lebih berdaya ­saing serta membentuk komuniti yang saling menyokong, memanfaatkan kekuatan dengan sumber daya satu sama lain.

Mengulas mengenai projek 8th & Stellar di Wisma Chin Hin, Sri Petaling, Kuala Lumpur itu, Chee memaklumkan bahawa projek yang telah dilancarkan pada akhir bulan Februari 2019 telah mencatat kadar pengambilan jualan semasa sehingga 95 peratus.

Projek yang dijadualkan siap pada suku ketiga 2023 itu terdiri da­ripada 660 unit yang merangkumi ruang pejabat, kedai runcit, dupleks, pangsapuri servis dan juga ruang niaga, 10X Valley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI