fbpx

Bahana tunggang motosikal melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar salah seorang mangsa yang cedera akibat pelanggaran di persimpangan empat kompleks sukan Pandamaran, Klang

KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya mengundang padah apabila dua daripada cedera parah dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat kompleks sukan Pandamaran di sini semalam.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 24 tahun masing-masing parah di kepala dan badan selain patah peha kanan.

Turut cedera adalah pemandu sebuah kereta berusia 22 tahun yang juga patah peha kanan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta.

“Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan masih mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular tiga video masing-masing berdurasi 9 hingga 15 saat di laman sosial Facebook memaparkan aksi sekumpulan lelaki didakwa merempit sehingga dipercayai melanggar lampu isyarat di lokasi kejadian tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI