fbpx

Yeji, Jung-hyun hanya berbalah biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEJI dan Jung-hyun.

PERCINTAAN lampau pelakon Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun hangat diperkatakan ramai gara-gara didakwa tidak profesional sekali gus menjejaskan penggambaran drama Time yang dilakonkan tiga tahun lalu.

Enggan terus mengunci mulut, akhirnya agensi naungan Ye-ji, Gold Medalist tampil memberikan kenyataan rasmi bagi menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada aktres jagaannya mereka.

“Ini pendirian rasmi kami mengenai laporan melibatkan pelakon Seo Ye-ji. Pertama sekali, kami memohon maaf kerana lewat menyampaikan kenyataan rasmi.

“Daripada pengesahan dengan Jung-hyun sendiri, kontroversi berkaitan drama tersebut bukanlah disebabkan oleh Ye-ji dan dia juga meluahkan hasrat untuk memberikan kenyataan rasmi kelak.

“Apa yang terjadi hanyalah satu pertelingkahan biasa antara mereka,” jelasnya.

Pada masa sama, agensi tersebut turut memohon maaf kepada semua atas kekecohan dan masalah yang timbul terhadap produksi filem Recalled yang menyaksikan acara sidang akhbar yang sepatutnya dihadiri

Ye-ji beberapa hari lalu dibatalkan pada saat akhir.

Dalam kenyataan sama, mereka turut menyangkal dakwaan yang mengatakan Ye-ji sebelum ini memanipulasi latar belakang pendidikannya. Malah tuduhan bahawa aktres itu pernah terlibat dalam keganasan di sekolah selepas kontroversi berkenaan tersebar luas dalam media sosial juga ditolak sekeras-kerasnya oleh agensi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI