fbpx

Warga emas, kanak-kanak dilarang ke bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di semua bazar Ramadan sekitar daerah ini dengan melarang warga emas dan kanak-kanak daripada mengunjungi kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin berkata, tindakan itu dibuat berikutan terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di daerah Kuantan.

“Semua penganjur bazar, peniaga dan pengunjung diingatkan sekali lagi, patuhi segala SOP, peraturan dan syarat ditetapkan atau kita tidak akan bertolak ansur dengan mengeluarkan kompaun.

“Selain itu, kita akan batalkan kebenaran berniaga kepada peniaga atau penganjur yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan, selain menutup operasi mana-mana bazar yang dikesan berisiko berlaku (penularan) kes Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, sistem nombor giliran diperkenalkan di semua bazar Ramadan kendalian MBK diharap dapat mengawal jumlah pengunjung bagi mengelak keadaan terlalu sesak hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Katanya, pihak MBK juga tidak menolak kemungkinan menggunakan perkhidmatan ‘drone’ bagi memantau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan di daerah ini jika terus menerima laporan mengenai pelanggaran SOP daripada orang awam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI