fbpx

Verstappen perlukan jentera sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN percaya dia mampu bergelar juara dunia jika Red Bull memberikan jentera sempurna kepadanya untuk bersaing musim ini. – AFP

LONDON – Pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen mendedahkan, dia mampu berjuang memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) sekiranya pasukan yang diwakilinya menyediakan pakej lengkap pada jenteranya musim ini.

Sejak era turbo-hibrid di per­kenalkan pada 2014, kemenangan Mercedes tidak dapat disekat sehingga berjaya menyapu bersih kejuaraan sekali gus memberi tekanan hebat kepada pasukan-pasukan pencabar lain.

Justeru, Verstappen, 23, berharap Red Bull dapat menyediakan jentera terbaik kepadanya agar dapat menyekat penguasaan Mercedes daripada terus mendominasi perlumbaan tersebut pada musim ini.

“Saya rasa sebaik sahaja kita berada pada tahap yang kita mahukan dan memiliki jentera yang mampu memperjuangkan gela­ran, semuanya akan menjadi lebih mudah.

“Sudah tentu akan ada tekanan untuk memenangi kejua­raan kerana anda perlu mengatasi pasukan lain. Ketika itu anda menanggung lebih banyak risiko untuk cuba mendapatkan hasil yang terbaik.

“Ketika ini, saya hanya mahu memburu kemenangan dan harap pasukan dapat menyediakan jentera yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini,” kata Verstappen.

Verstappen mengikat kontrak tiga tahun dengan Red Bull sehingga 2023 dan dikatakan mempunyai klausa dalam kontraknya yang mana pemandu boleh menyertai pasukan lain jika tidak mendapat jentera kompetitif.

Nama Verstappen sering dikaitkan menyertai Mercedes, namun pelumba Belanda itu menafikannya kerana mahu menjulang gelaran bersama Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI