fbpx

Dituduh kaki kikis, Fiza bengang pemfitnah libatkan dua bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZA ajak penfitnah bersemuka untuk menyelesaikan masalah daripada asyik menyebarkan cerita buruk tentang dirinya.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi Fiza Halim akhirnya hilang sabar apabila tampil mempertahankan diri ekoran imejnya tercalar akibat digelar kaki sondol dan mata dutian oleh bekas adik iparnya sejak bulan lalu.

Kesabaran Fiza sudah sampai pada tahap kemuncak apabila individu yang memulakan cerita tersebut telah mengeruhkan lagi keadaan sehingga tergamak menghubungi isteri kepada bekas suami pertamanya.

Bukan itu sahaja, individu terbabit juga turut melibatkan bekas suami keduanya iaitu penyanyi, Adam AF.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, dia enggan untuk memanjangkan cerita tentang tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya, namun keadaan semakin menjadi-jadi apabila dia mengambil pendekatan berdiam diri.

“Lagi saya diam, makin menjadi-jadi. Makin melampau. Saya tidak mahu panjang cerita lagi dah. Sudah bercerai (dengan suami ketiga) setahun lebih.

“Sudah-sudahlah. Kalau tidak puas hati datang jumpa saya atau panggil saya jumpa dekat sana (belah bekas suami). Tak perlu nak kaitkan orang itu, orang ini (bekas suami terdahulu). Perlu ke nak bercerita pada umum?” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Fiza mengingatkan individu terbabit supaya berhati-hati kerana dikhuatiri aib sendiri akan terbuka apabila sibuk menjaja aib orang lain.

“Jangan dek kerana nak buat aib saya, aib sendiri terbuka nanti. Nak kata saya berkahwin cerai tiga kali? Mak dia apa kurangnya? Bukan tiga kali juga ke?” jelasnya.

Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Elite itu juga meminta pihak terbabit untuk membuktikan jika selama ini dia menjadi ‘kaki kisis’ sepanjang perkahwinannya.

“Buktikan pada saya apa yang saya kikis selama perkahwinan kami. Ada ke saya dapat rumah? Ada ke saya pakai kereta mewah? Ada ke duit berjuta dalam akaun saya?

“Siapa kikis siapa sebenarnya sekarang ini? Awal perkahwinan pun ‘bekas’ ini pakai kereta Gen2 arwah bapa saya yang dibeli secara tunai dengan hasil titik peluh saya sendiri,” ujarnya.

Menerusi satu hantaran berbeza, Fiza mendakwa dia tahu dirinya menjadi bahan cercaan dan hinaan netizen atas tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan netizen atas penghinaan yang diberikan kepadanya, malah telah memaafkan semua yang telah menghina, mencaci dan menutuk dirinya dan keluarga.

“Saya sudah pun memaafkan semua yang pernah menghina, mencaci, mengutuk saya dan keluarga, kecuali si pemfitnah.

“Kita tunggu keputusan pihak berwajib nanti (mahkamah),” jelasnya.

Pada 7 Julai lalu, Fiza telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara terhadap individu yang merupakan bekas adik iparnya yang telah menuduhnya sebagai kaki sondol dan pemusnah rumah tangga orang.

Tuduhan itu menyebut bahawa dia menjadi punca keruntuhan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri terdahulu.

Untuk rekod, Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin sekitar 206 namun bercerai pada 4 Novembver 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya kata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Untuk perkahwinan kali kedua, Fiza telah mendirikan rumah tangga bersama bekas peserta program Akademi Fantasia, Adam pada September 2013 yang juga berakhir dengan penceraian.

Fiza kemudiannya mendirikan rumah tangga ketiga bersama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Bernama Baby Aleena. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI