fbpx

Bazar di Wilayah Persekutuan ditutup jika cetus jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima Sumbangan Bakul Makanan Sempena Ramadan Parlimen Ketereh, di Padang Halban, Kota Bharu hari ini. - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Perintah penutupan serta-merta akan dikeluarkan jika bazar Ramadan atau Aidilfitri di Wilayah Persekutuan dikesan menjadi punca penularan wabak Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mahu 66 pengusaha bazar di Kuala Lumpur dan Putrajaya menitikberatkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengariskan beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha bazar yang telah mendapat kelulusan untuk beroperasi.

“Kita mahu mereka (pengusaha) mengambil tanggungjawab dengan memperketatkan SOP iaitu memastikan pintu masuk dan keluar di bazar diasingkan.

“Pihak kementerian juga tidak mahu urusan keluar masuk ke bazar tanpa melalui laluan sah,” katanya selepas menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan Sempena Ramadan Parlimen Ketereh di Kampung Padang Halban di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, beliau turut menerima laporan bergambar bahawa terdapat ramai pengunjung dan peniaga bazar yang mengambil mudah aspek pematuhan SOP.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, selain peniaga bazar Ramadan, pematuhan SOP yang ketat perlu dilakukan oleh peniaga bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur yang akan memulakan operasi pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI