fbpx

Drama Nur temui penonton di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Nur dan Nur 2 nakal menembusi pasaran Indonesia tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Drama bersiri popular, Nur yang pernah mencipta fenomena dengan meraih lebih 10 juta tontonan ketika ditayangkan menerusi TV3 pada 2018 menembusi pasaran negara jiran, Indonesia.

Drama berkenaan disiarkan stesen televisyen Indonesia, MNCTV, sejak semalam.

Tayangan kedua-dua sekual drama berkenaan di negara seberang tersebut tercetus atas kolaborasi antara Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dan MNCTV media.

Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, STMB dan MNCTV teruja dengan kolaborasi yang terjalin kerana mengambil kira populariti drama Nur dan jumlah tontonan.

“Kami juga gembira kerana dapat memainkan peranan penting dalam memperluaskan lagi sayap drama Nur ke luar negara,” katanya.

Drama Nur yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.

Turut membintangi drama yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 tersebut adalah pelakon Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq dan Eyra Hazali.

Sementara itu, Pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari berkata, pihaknya menganggap drama rantaian Nur sangat menarik, menghiburkan dan merupakan hasil kerja produksi yang hebat.

“Ini adalah alasan utama kami memilih Nur. Drama ini akan menjadi tambahan variasi kepada kandungan sedia ada. Naskhah tersebut berbeza berbanding program biasa yang ditayangkan dalam MNCTV sebelum ini.

“Kami yakin drama hebat ini akan mengimarahkan lagi suasana Ramadan dalam MNCTV,” katanya.

Sementara itu, Shahrulezad mengakui berasa bangga apabila Nur merentas ke negara jiran Indonesia.

“Saya sangat teruja kerana drama Nur masih diterima penonton di rantau ini.

“Paling membanggakan apabila buat julung kali, Nur melangkaui sempadan dan disiarkan TV Indonesia,” ujarnya.

Drama Nur berkisar dilema cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza apabila seorang ustaz muda, Adam terpikat dengan pelacur bernama Nur yang digelar ‘gadis lorong’ dan tidak mendapat didikan agama sempurna.

Cinta Adam dan Nur mendapat tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat kerana perbezaan ‘darjat’ agama untuk golongan pendosa dan alim ulama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI