fbpx

Annuar Musa nafi tidak ambil berat isu gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menafikan beliau tidak mengambil berat berhubung isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air.

Beliau berkata, pihaknya mengambil berat isu gangguan seksual itu kerana ia bukan satu isu yang remeh.

Katanya, isu itu tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gemblengan tenaga setiap pihak baik media mahupun badan berkuasa dan mereka yang terlibat.

“Saya menerima pesanan WhatsApp daripada wartawan untuk menemuduga saya.

“Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni, tetapi saya mencadangkan temubual itu membincangkan salah satu fokus saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni.

“Malangnya apa yang keluar adalah tafsiran wartawan tersebut yang tidak mencerminkan pendirian saya. Saya mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dan ia bukan isu yang remeh.

“Saya telah memaklumkan hal ini pada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya percaya pihak berwajib akan bertindak mengikut undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI