fbpx

RM28 juta disalurkan kepada asnaf, mualaf sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anhar (enam dari kiri) bersama penerima bantuan zakat.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28juta kepada 61,315 orang penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh negeri ini, hari ini.

LZS dalam kenyataan memaklumkan pengagihan itu bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini.

Katanya, berdasarkan pecahan sebanyak RM8,667,350 diagihkan kepada 17,787 orang dalam kalangan asnaf fakir; RM18,079,900 diagihkan kepada 39,445 orang asnaf miskin dan RM1,285,650 diagihkan kepada 4,083 orang asnaf mualaf.

“Setiap penerima mendapat bantuan zakat di antara RM300 dan RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga.

“Bantuan tersebut akan disalurkan sama ada melalui pembayaran yang dikreditkan ke akaun bank penerima atau menggunakan kaedah V-Cash (baucar tunai) atau serahan tunai,” katanya.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir kepada 10 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Mengulas lanjut, LZS memberitahu, daerah Klang mencatatkan jumlah penerima bantuan tertinggi iaitu seramai 11,962 orang diikuti Petaling ( 10,590 ) dan Hulu Langat melibatkan 9,439 penerima.

“Penerima yang layak dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau surat.

“Asnaf juga boleh membuat semakan status Bantuan Ramadan dan Raya 2021 dengan melayari ezo.zakatselangor.com.my ataupun dengan menghubungi LZS di talian 1-300-88-4343,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI