fbpx

Tren DMU pacu ekonomi Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (dua dari kanan) mendengar taklimat berkaitan laluan perkhidmatan DMU yang bermula secara rasmi di Kelantan hari ini. - FOTO : YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Penggantian secara rasmi lokomotif dan koc penumpang kepada Tren Diesel Multiple Unit (DMU) dilihat mampu memacu sektor ekonomi di pantai timur khususnya kawasan pendalaman Kelantan dan Pahang pada masa hadapan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, DMU hadir dengan tawaran perkhidmatan lebih baik dan selesa kepada penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan itu dalam urusan harian mereka.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak lima buah DMU akan memulakan operasi melibatkan Tumpat-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Lipis.

“Kerajaan memperuntukkan RM380 juta untuk membeli 13 buah DMU. Pembelian ini merupakan hadiah dari kerajaan untuk warga pantai timur.

“Selain itu, DMU turut melibatkan laluan Kuala Lipis-Gemas (Negeri Sembilan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran DMU di Stesen Kereta Api Pasir Mas.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Datuk Azami Mohd. Nor dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Terdahulu, Ka Siong itu bersama rombongan menaiki DMU dari Wakaf Bharu, Tumpat ke Pasir Mas bagi merasai dan melihat sendiri kemudahan itu.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, DMU hadir dengan pelbagai kemudahan yang lebih canggih dan mesra pengguna termasuk orang kelainan upaya (OKU). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI