fbpx

Rasuah RM300 kena denda RM10,000, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Lee Chee Heng (kanan) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana memberi rasuah kepada seorang kakitangan kerajaan Oktober tahun lalu. - Foto : BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari beserta denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana memberi rasuah sebanyak RM300 kepada seorang kakitangan kerajaan di Kluang, Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Lee Chee Heng, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Paya Dalam Palembang, Kluang pada pukul 4.15 petang, 15 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa memberi suapan sebanyak RM300 kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang, Mohd. Firdaus Abd. Wahab agar tidak mengeluarkan kompaun atas kesalahan melakukan kerja tanah yang menyebabkan kekotoran.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dihukum dengan penjara sehari dan denda RM10,000 mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam, T. Vijaya Sundram dan V. Kirthana Darshayinie.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI