fbpx

Peluang City juara liga masih cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES (dua dari kanan) menjaringkan gol tunggal buat City. - AFP

MANCHESTER – Peluang Manchester City untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini masih tidak terjejas meskipun tewas 1-2 kepada Leeds United yang beraksi de­ngan 10 pemain di Stadium Etihad malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Citizens masih memerlukan 11 mata lagi daripada baki enam perlawanan liga untuk mengesahkan gelaran EPL buat kali ketiga dalam empat musim terakhir.

Dalam aksi itu, keputusan City merehatkan beberapa pemain utama seperti kapten, Kevin De Bruyne dan tonggak pertahanan tengah, Ruben Dias dilihat memakan diri apabila membenarkan Leeds menjaringkan gol menerusi Stuart Dallas pada minit ke-42.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu seharusnya memanfaatkan peluang apabila Leeds terpaksa bermain 45 minit separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Liam Cooper dilayangkan kad merah kerana kekasaran terhadap Gabriel Jesus pada hujung babak pertama.

Ia selepas City gagal menambah jaringan dan mensia-siakan deretan peluang untuk meraih kemenangan selepas Ferran Torres berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-76.

Sebaliknya, Leeds yang dikendalikan Marcelo Bielsa menghukum kealpaan benteng pertahanan City dengan gol kedua daripada Dallas pada hujung perlawanan untuk memenangi aksi itu dengan keputusan 2-1.

Selepas ini, City akan bertemu Borrusia Dortmund pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini, menentang Chelsea bagi separuh akhir Piala FA (18 April) sebelum berdepan Tottenham Hotspur untuk final Piala Liga England seminggu kemudian.

The Citizens akan melengkapkan baki enam perlawanan EPL menentang Aston Villa, Crystal Palace, Chelsea, Newcastle United, Brighton dan Everton sepanjang bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI