fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jaguh sukan menembak negara, Datuk Sabiamad Abdul Ahad.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu tersebut.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada sukan menembak negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin,” kata kenyataan itu hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan bekas jaguh sukan menembak negara itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 11 malam tadi.

Menurut Istana Negara, Allahyarham pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik Los Angeles di Amerika Syarikat pada tahun 1984 dan beraksi sebagai penembak kebangsaan dari tahun 1981 sehingga bersara awal 90an.

Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham mengungguli acara Air Pistol di peringkat Asia Tenggara terutama dalam acara Central Pistol, Rapid Pistol dan Standard Pistol.

Allahyarham pernah meraih pingat emas untuk negara dalam acara 50m pistol lelaki individu di Sukan SEA 1983 di Singapura.

Sabiamad juga aktif selepas persaraaan, membantu sukan menembak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan negara.

Allahyarham merupakan pengurus pasukan menembak Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEA 2017 di Singapura dan Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI