fbpx

PKPD di 9 rumah panjang dan sebuah politeknik di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di sembilan buah rumah panjang di Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak susulan penularan Covid-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 9 April lalu, secara kumulatif sebanyak 120 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“PKPD tersebut melibatkan Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek, Rumah Panjang Dingun anak Tidih, Rumah Panjang Nyaun anak Ganai, Rumah Panjang anak Tangkun dan Rumah Panjang Budin anak Majang/Migi anak Kadong.

“Turut dikenakan PKPD adalah Rumah Panjang Kinseng anak Jelian, Rumah Panjang Muda anak Lunjang, Rumah Panjang Ambo anak Ayom dan Rumah Jiram anak Tang bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal sekaligus mengelakkan penularan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut bermula esok hingga 24 April depan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan tentang pelaksanaan PKPD di Politeknik Mukah, Sarawak setelah kadar kebolehjangkitan di lokaliti tersebut didapati tinggi berikutan kesemua pelajar dan kakitangan bergerak bebas di dalam kampus.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan 72 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 13 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Kerajaan telah bersetuju untuk menguatkuasakan PKPD di Politeknik Mukah, Bahagian Mukah,
Sarawak bermula esok hingga 24 April bagi memudahkan KKM mengawal pergerakan serta memastikan saringan dan pengesanan dijalankan ke atas semua 1,396 pelajar juga kakitangan,” ujar beliau.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan akan turut menguatkuasakan PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak bermula esok hingga 24 April susulan 10 kes positif Covid-19 dilaporkan setelah melaksanakan 165 ujian saringan.

“Pelaksanaan PKPD akan memudahkan tindakan kawalan serta pencegahan Covid-19 dengan cepat dan berkesan sekali gus menghalang penularan kes di lokaliti ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI