fbpx

Sos tomato dijual online ketika bekalan berkurang di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sos tomato Heinz masih dijual secara online biarpun terdapat kekurangan bekalan di AS. – Christopher Sadowski

WASHINGTON – Peket sos tomato jenama Heinz didapati dijual di laman jualan online, eBay ketika Amerika Syarikat (AS) berdepan kekurangan bekalan sos tomato disebabkan pandemik Covid-19, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Beberapa tawaran untuk sos tomato Heinz muncul di laman eBay sejak media tempatan melaporkan restoran-restoran di AS sukar mendapatkan bekalan sos tersebut.

Hampir 20 bungkusan yang setiap satu mengandungi 50 peket sos tomato dijual pada harga AS$9.99 (RM41) sebungkus setakat kelmarin.

Satu lagi iklan menawarkan 100 peket sos Heinz pada harga AS$11.99 (RM50) manakala bungkusan mengandungi 250 peket pula berharga AS$17.29 (RM72).

Harga sos tomato peket meningkat 13 peratus sejak Januari tahun lalu berikutan permintaan tinggi dan Heinz selaku pengeluar sos tomato terbesar dalam pasaran terpaksa meningkatkan pengeluarannya.

Jenama sos tomato ikonik itu meminta restoran-restoran di AS supaya bersabar sementara pihaknya meningkatkan kapasiti pengeluaran sos tomato sehingga 25 peratus untuk menghasilkan lebih 12 bilion peket sos tersebut setahun. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI