fbpx

Laluan keluar masuk kompleks mahkamah dikawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini tidak seperti kebiasaan apabila kelihatan ramai anggota polis mengawal laluan keluar masuk mahkamah.

Ia berikutan ahli kumpulan perniagaan yang diburu Datuk Seri Nicky dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada pagi ini.

Hari ini seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan pengubahan wang ha­ram.

Difahamkan antara yang akan didakwa di mahkamah adalah dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan itu.

Mereka ditahan dalam Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dalam operasi selama lapan hari bermula 20 Mac lalu.

Berita seterusnya menyusul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI