fbpx

“Kalau betul difitnah, buatlah laporan” – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7 di Hotel Casa Del Rio, di sini, hari ini.

MELAKA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung perbualan audio telefon yang tular.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan daripada kedua-dua mereka dan siasatan hanya akan dilakukan sekiranya perkara tersebut mengganggu-gugat keamanan orang ramai.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, laporan belum dibuat lagi. Kita tunggulah, kalau betul beliau (Ahmad Zahid dan Anwar) difitnah, demi kebaikan, buatlah laporan.

“Kita lihat daripada tempoh reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sampai satu tahap ia menimbulkan kebimbangan dan kegusaran semua, kita akan jalankan siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7 di Hotel Casa Del Rio, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak audio itu tular pada Rabu lalu, pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung perkara tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut audio itu termasuk menganalisis suara salah seorang daripada mereka hanya akan dibuat selepas kita buka kertas siasatan.

“Kita akan menilai bukti-bukti lain dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI