fbpx

Penyewa gagal bayar sewa kurung pemilik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman pemilik rumah yang terkurung di dalam rumahnya sendiri.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah berdepan detik cemas apabila ‘dikunci’ oleh penyewa bilik di dalam rumahnya sendiri.

Melalui sebuah rakaman yang dimuat naik di laman TikTok itu difahamkan, penyewa berkenaan tidak membayar duit sewa bilik di dalam rumah tersebut sehingga tertunggak tiga bulan.

“Saya pemilik rumah ini, dia sewa bilik dengan saya. Saya terpaksa beli mangga baru sebab tiga bulan dia tak bayar sewa.

“Barang dia masih ada lagi separuh dalam rumah ini, semalam saya balik kerja masih mangga lama, pagi ini bangun dia sudah tukar (mangga kunci) baru,” katanya.

Susulan kejadian itu, tuan rumah berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi membantunya membuka pintu rumah yang berkunci itu.

Bagaimanapun carian Kosmo! mendapati kejadian berlaku setahun yang lalu sementara lokasi kejadian dan identiti tuan rumah masih lagi dirahsiakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI