fbpx

KPDNHEP harap lebih banyak kerjasama francais terjalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol berucap pada majlis menandatangani MoU ntara Global Art dan CIC) di Abedeen Clubhouse Cyberjaya di sini, hari ini.- foto : FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengharapkan lebih banyak kerjasama dapat dibentuk antara francaisor dengan francaisor, mahupun antara francais dengan pemain industri Iain.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid berkata, kerjasama dua jenama francais dalam sektor pendidikan yang semakin mengukuh iaitu Children Islamic Centre (CIC) dan Global Art misalnya, akan memberi kelebihan kepada kedua-dua jenama dalam banyak aspek.

“Kerjasama antara dua francaisor besar seperti ini adalah manifestasi kepada hasrat kementerian untuk melihat lebih banyak kerjasama dibentuk antara francaisor yang diyakini berupaya mengoptimumkan penggunaan sumber dan memberi lebih manfaat kepada golongan sasar bagi kedua-dua francais.

“Kita yakin kerjasama ini akan banyak membantu ke arah mencapai objektif kedua-dua jenama ini untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak negara ini.

“Kementerian akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada francaisor dan francaisi supaya industri francais dapat berkembang dengan Iebih maju dan sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis MoU antara Global Art & Children Islamic Centre (CIC) di Abedeen Clubhouse merangkumi kerjasama untuk mempromosikan kedua-dua jenama serta kolaborasi dalam aktiviti pendidikan dan pengembangan minda kanak-kanak, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI