fbpx

Keputusan DNAA bekas Pengerusi MARA  28 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Lan Allani (kanan) diiringi K. Kumaraendran keluar dari Mahkamah Sesyen di sini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 28 Mei ini bagi keputusan sama ada melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengerusi MARA Incorporated Sdn. Bhd., Datuk Mohammad Lan Allani daripada dua tuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang RM10 juta.

Hakim Suzana Hussin menangguhkan keputusannya selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikhwan Zaudii Nordin agar tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan.

Bagaimanapun, peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohammad Lan memberitahu, pihaknya mahukan pasukan pendakwaan memaklumkan alasan mengapa pihak SPRM memohon anak guamnya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

Namun Ikhwan Zaudii berkata, setakat ini pihaknya mendapat arahan agar kes itu DNAA tanpa menyertakan alasan.

Kumaraendran selanjutnya memaklumkan jika tiada alasan diberikan, pihaknya memohon agar Mohammad Lan dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan tersebut.

Pada peringkat itu, Ikhwan Zaudii menjelaskan kepada mahkamah bahawa pihaknya hanya dimaklumkan timbul isu berkaitan bidang kuasa kerana kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Kota Kinabalu, Sabah seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Sehubungan itu, Ikhwan Zaudii membayangkan wujud kemungkinan tertuduh akan didakwa di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan turut memerlukan masa selama tiga bulan untuk menyelesaikan urusan penyerahan baki dokumen kepada pihak pembelaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI