fbpx
Gabriella terkejut apabila diberitahu dia mengandungkan dua orang anak dalam tempoh selang tiga minggu. – Mercury

Ibu hamil dua anak selang tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang ibu di Britain yang sebelum ini didapati mengandung sebanyak dua kali dalam tempoh selang tiga minggu selamat melahirkan bayi kembar, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Gabriella Christmas, 30 dari Townbridge, England berkata, dia teruja apabila mengetahui dirinya hamil, namun ujian imbasan yang dilakukan semasa kandu­ngannya berusia lima ming­gu mendapati terdapat ‘ba­yang-bayang’ di dalam rahimnya.

Doktor kemudian memberitahu, bayang-bayang itu sebenar­nya adalah seorang lagi bayi yang berada di dalam rahim Gabriella. Dia juga diberitahu bahawa kehamilan seperti itu jarang berlaku.

Gabriella hamil bayi ke­duanya yang dinamakan Ezra itu tiga minggu selepas mengandungkan bayi lelaki, Eduardo.

Kedua-dua mereka dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Pasangan kembar ini dilahirkan pada hari yang sama, namun merupakan dua kandungan berbeza dalam masa yang sama.

“Saya sangat bersyukur ke­dua-dua bayi dilahirkan sihat kerana saya bimbang Ezra perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana dia masih pramatang,” ujar Gabriella.

Kedua-dua bayi tersebut dilahirkan sihat dan kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, seorang lagi wanita dari Townbridge iaitu Rebecca Roberts juga melahirkan anak kembar yang dikandung selang tiga minggu. – Agensi