AKTRES popular Bollywood, Deepika Padukone, selamat melahirkan anak keduanya, pada 19 September lalu.
Kelahiran itu sekali gus menjadikan Deepika dan Ranveer Singh yang berkahwin pada November 2018 itu menjadi ibu bapa kepada dua cahaya mata perempuan.
Anak sulung mereka, Dua Padukone Singh, dilahirkan pada 8 September 2024 dan kini secara rasmi bergelar kakak. Menariknya, si adik turut dilahirkan pada bulan yang sama dengan kakaknya, iaitu September.
















