fbpx
CHIHARU memakai rambut palsu serta mengikat prostesis silikon yang besar pada bahagian dadanya selain memakai pakaian wanita dan menyolek wajahnya. – INSTAGRAM MUNENIKU_CHIHARU/ODDITY CENTRAL

Menyamar wanita seksi jana pendapatan di Youtube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang YouTuber Jepun yang disangka wanita membuat pengakuan berani mati dengan mendedahkan dia sebenarnya seorang lelaki yang memakai payu dara silikon untuk membuat video seksi, lapor Oddity Central, kelmarin.

Lelaki berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Chiharu itu mendedahkan perkara sebenar mengenai jantinanya selepas nekad untuk tidak terus menipu para pengikutnya.

Dia yang mula bergelar YouTuber pada Disember tahun lepas berjaya menarik sehingga 20,000 pengikut yang melanggan salurannya setakat Mac 2021, meskipun hanya mempunyai enam buah video.

Video-video tersebut memaparkan aksi Chiharu yang melakukan rutin senaman malam dengan sudut kamera yang memberi fokus kepada bahagian dada pada setiap masa.

Chiharu tidak pernah membuka pelitup muka dan tidak pernah bercakap setiap kali menunjukkan wajahnya di hadapan kamera bagi mengelak identitinya terbongkar.

Wajah sebenar Chiharu. – YOUTUBE CHIHARU/
ODDITY CENTRAL

Lelaki itu menambah, dia menyamar sebagai wanita kerana sedar itu merupakan cara paling mudah untuk menjana wang daripada saluran YouTube miliknya.

Pendedahan tentang jantina sebenar Chiharu menyebabkan jumlah pengikutnya di laman YouTube berkurang kepada 18,300 orang. – Agensi