fbpx

Buruh didakwa noda tiga kanak-kanak di pusat jagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hamdan (dua dari kanan) bersama isterinya, Nor Adila (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencabul dan mendera kanak-kanak di sebuah pusat jagaan. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul dan satu pertuduhan mendera kanak-kanak yang merupakan penghuni di sebuah pusat jagaan di sini sejak tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Hamdan Yasin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan mencabul tiga orang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan,12 dan 13 tahun.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh pada bulan April, Julai dan September tahun lalu di sebuah pusat jagaan di sini.

Tertuduh didakwa atas keempat-empat pertuduhan itu mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan kelima, Mohd. Hamdan dan isterinya yang merupakan penjaga pusat jagaan itu, Nor Adila Zakaria, 35, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal pada bahagian pipi dan dada.

Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di pusat jagaan itu kira-kira pukul 6 petang pada 17 Mac lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin kepada Nor Adila, manakala tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada suaminya.

Nor Adila membayar ikat jamin yang ditetapkan dan sebutan semula kes pada 10 Mei depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI