fbpx

Zakat fitrah di Johor kekal RM7, RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tosrin (kiri) menerima replika cek daripada wakil warga Felda Wilayah Segamat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) mengekalkan kadar zakat fitrah untuk tahun ini pada kadar RM7 dan RM10 bagi umat Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanti berkata, penetapan kadar tersebut dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Katanya, kadar pembayaran zakat boleh dibuat menerusi tiga cara, iaitu secara atas talian, amil zakat fitrah dan kaunter zakat Mainj setiap daerah.

“Tahun lalu bayaran zakat 100 peratus dibuat menerusi atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami banyak menerima aduan dari orang kampung menyatakan kesukaran mereka. Tahun ini seramai 1,648 amil telah dilantik seluruh negeri ini dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah.

“Semua pihak termasuk amil dan pembayar zakat mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang akhbar di Holiday Villa di sini hari ini.

Kadar zakat fitrah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super tempatan.

Bagi kadar RM10 pula, ia bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti beras Wangi, beras Basmathi dan lain-lain.

Bayaran melalui atas talian boleh dibuat di Zakat Johor Online Payment di http://www.epayment.maij.gov.my.

Tosrin berkata, pihaknya mensasarkan pungutan zakat fitrah pada tahun ini RM19.9 juta dengan anggaran 2.2 juta umat Islam di negeri ini.

Katanya, sasaran itu mengambil kira keadaan ekonomi semasa dengan nisbah 60 peratus adalah pembayar kadar RM10 dan 40 peratus bagi pembayar kadar RM7.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI