fbpx

Rumah kongsi jadi ‘port’ transit migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah kongsi di padang Pasir Logok, Jalan Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi yang dijadikan transit untuk penyeludupan mirgran diserbu polis semalam.

KOTA TINGGI – Enam lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia termasuk dua tekong dikenali Geng Cupeng diberkas polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah kongsi di padang Pasir Logok, Jalan Tenggaroh Selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, kesemua PATI yang diberkas berusia antara 26 hingga 55 tahun.

Menurutnya, hasil serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi itu mendapati rumah kongsi itu dijadikan sebagai transit oleh sindiket penyeludupan.

“Dalam serbuan tersebut polis telah menahan dua lelaki Indonesia berusia 29 dan 46 tahun merupakan tekong darat. Turut ditangkap empat migran berusia lingkungan 27 hingga 55 tahun yang bersembunyi di dalam rumah tersebut.

“Tangkapan ini terlibat dalam penyeludupan migran yang membawa masuk dan keluar warganegara Indonesia ke Malaysia.

“Semasa serbuan juga turut dirampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,000 dan mata wang Rupiah Indonesia sebanyak 2,000,350,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hussin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, dua tekong itu mengaku merupakan ahli sindiket Geng Cupeng yang melakukan kegiatan penyeludupan migran di kawasan Bandar Penawar dan Kuala Sedili.

Katanya, suspek tekong direman SOSMA selama 28 hari sehingga 3 Mei manakala kesemua tangkapan PATI pula direman 14 hari sehingga 19 April ini untuk siasatan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI