fbpx

JPJ eBid kaut RM4.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (dua dari kiri) memeriksa barisan pegawai dan anggotanya di JPJ Cawangan Kuala Pilah di sini hari ini.

KUALA PILAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperoleh pendapatan RM4.1 bilion tahun lalu hasil kutipan melalui JPJ eBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, aspek pendigitalan yang diterapkan dalam salah satu kerja iaitu JPJ eBid adalah untuk membida nombor pendaftaran kenderaan.

Katanya, JPJ eBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Sekarang untuk membida hanya perlu masuk laman web sahaja dan boleh bida mana-mana nombor yang berkenan di hati dimana-mana sahaja.

“JPJ eBid ialah penyumbang terbesar sehingga kini selain daripada yang asas kita lesen memandu dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kuala Pilah di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI