fbpx

Jordan haramkan sebarang penerbitan maklumat berkaitan komplot Putera Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Hamzah berikrar sumpah setia kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II semalam. - AFP

AMMAN, JORDAN – Ketua pendakwa raya Amman mengharamkan penerbitan sebarang maklumat yang menyiarkan dakwaan komplot konspirasi yang dikatakan melibatkan Putera Hamzah.

“Bagi menjaga siasatan perkhidmatan keselamatan terhadap Putera Hamzah dan rahsia-rahsia lain, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan sebarang perkara berkaitan siasatan pada masa ini.

“Larangan itu melibatkan semua media audiovisual dan jaringan sosial, selain penerbitan semua imej atau klip video berkaitan subjek kerana ia akan mengganggu tindakan undang-undang,” kata pendakwa raya, Hassan al-Abdallat dalam satu kenyataan.

Arahan itu dikeluarkan selepas Putera Hamzah yang sering mengkritik kerajaan Jordan berikrar untuk taat setia kepada Raja Abdullah II semalam, dua hari selepas dikenakan hukuman tahanan di rumah.

Kerajaan Jordan menuduh adik tiri Raja Abdullah II itu merancang komplot kejam dan terlibat dalam konspirasi hasutan yang bertujuan menggugat keselamatan negara.

Terdahulu, Putera Hamzah yang mendakwa ditahan di dalam istana diraja di Amman semalam berkata, baginda tidak akan tunduk kepada sebarang arahan yang mengawal pergerakannya.

Bagaimanapun, baginda berubah fikiran apabila dilaporkan berikrar untuk taat setia kepada Raja Abdullah tidak lama selepas itu.

Raja Abdullah II melantik Putera Hamzah sebagai Putera Mahkota pada 1999 bagi memenuhi wasiat Raja Hussein, namun memecatnya pada 2004. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI