fbpx

3,558 dos vaksin Covid-19 rosak dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kerajaan memulangkan semula 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech selepas ia mengalami kerosakan sebelum dapat digunakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 585 bebuli vaksin ditolak kerana masalah penyimpanan sewaktu penghantaran ke negara ini.

“Bakinya iaitu lapan bebuli pula tidak dapat digunakan kerana masalah penyimpanan suhu dalam negara.

“Secara keseluruhan, 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bersamaan 3,558 dos ditolak dan tidak dapat digunakan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI