fbpx

Rumah Mendes, Camila dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Shawn Mendes dan kekasihnya Camila Cabello.

PENYANYI Shawn Mendes dan Camila Cabello terselamat selepas kediaman mereka yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat dipecah masuk pencuri baru-baru ini.

Memetik laporan TMZ, kejadian tersebut berlaku selepas penjenayah memasuki kediaman mereka dengan memecahkan tingkap dan sempat membawa lari sebuah kereta mewah yang diparkir di hadapan rumah.

Selepas menyedari pasangan selebriti itu berada di dalam rumah, penjenayah terbabit segera melarikan diri.

Sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan terhadap penjenayah yang terlibat.

Polis Los Angeles juga masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI