fbpx

Polis jadi tali barut Nicky perlu diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicky berjaya meloloskan diri daripada serbuan Operasi Pelican 3.0 berikutan terdapat tali barut dalam pasukan polis yang membocorkan maklumat itu kepadanya.

PETALING JAYA – Tindakan tegas harus diambil terhadap 34 pegawai dan anggota yang didakwa bersekongkol dengan Datuk Seri Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dan pengubahan wang haram terbesar di negara ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan tegas tanpa kompromi harus diambil tanpa mengira pangkat sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan.

“Ketika saya menjadi Ketua Polis Negara, saya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap orang yang melakukan kesalahan tanpa mengira pangkat mereka.

“Sekiranya tiada tindakan diambil, masalah itu akan semakin membesar,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri program Persatuan Keselamatan Perindustrian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan, ketua penjenayah komersial terbesar negara, Datuk Seri Nicky Liow berjaya meloloskan diri daripada serbuan Operasi Pelican 3.0 berikutan terdapat tali barut dalam pasukan polis yang membocorkan maklumat itu kepadanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau turut memberitahu, usaha ‘membersihkan’ pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mempunyai kesinambungan oleh individu yang bakal menggantikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Usaha ini harus ada kesinambungan dalam menangani masalah integriti terutamanya dalam isu kartel dalam pasukan PDRM.

“Abdul Hamid telah banyak berusaha untuk meningkatkan integriti dalam PDRM namun ia terserah kepada penggantinya untuk meneruskan usaha tersebut,” ujarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI