fbpx

Polis siasat Neelofa muat naik gambar di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular Neelofa dan suami ketika berada di Langkawi.

LANGKAWI – Polis akan membuka kertas siasatan berhubung tindakan selebriti popular Neelofa memuat naik gambar dan video bersama suami, Haris Ismail bersiar-siar di pulau peranginan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan segera menyiasat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral tadi,” katanya.

Abdul Hamid meninjau kawasan Unit K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di Langkawi hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia merupakan sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI