fbpx

Piala Vivian kekal milik PKS Uniten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain PKS Uniten-KPT meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Vivian May Soars di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

JUARA bertahan, PKS Uniten-KPT berjaya mempertahankan gelaran Piala Vivian May Soars yang dimenangi musim lalu selepas menewaskan UniKL Ladies 1-0 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Kejayaan itu sebenarnya me­rupakan satu kejutan daripada PKS Uniten memandangkan aksi final tersebut lebih banyak di­dominasi oleh UniKL Ladies yang memburu kejuaraan kedua selepas menjuarai Liga Hoki Wanita Malaysia musim ini.

Apa tidaknya, UniKL Ladies menguasai 58 peratus permai­nan dengan melakukan 10 percubaan tepat selain memiliki lima pukulan sudut penalti berban­ding PKS Uniten yang cuma meraih satu pukulan sudut penalti.

Satu pukulan sudut penalti sudah memadai buat PKS Uniten yang dikendalikan Lailin Abu Hassan, apabila Nurul Faezah Shafiqah Khalim berjaya memanfaatkan set-piece tersebut untuk meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-54.

Tempat ketiga bagi saingan Piala Vivian May Soars menjadi milik Blue Warriors dari Polis Diraja Malaysia selepas menewaskan Sabah 4-0 hasil gol-gol daripada Nadia Abdul Rahman, Norhasikim Halim, Norbaini Hashim dan Auni Atikah Gahni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI