fbpx

Khidmat kembalikan suami curang ke pangkuan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHENG dan pekerjanya mengatur plot untuk memisahkan suami curang dengan perempuan simpanan.

SEORANG kaunselor berusia 31 tahun di China mempunyai kepakaran luar biasa iaitu memutuskan hubungan suami orang dengan perempuan simpanan dan mengembalikan semula lelaki itu ke pangkuan isteri.

Perkhidmatan Xiao Sheng itu sangat ditagih para isteri yang merupakan pelanggannya yang mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka ekoran kehadiran orang ketiga.

Pemuda tersebut telah menjalankan perniagaan unik tersebut sejak enam tahun lalu dan mendapat permintaan yang sangat tinggi saban hari.

Dia kini mempunyai lapan orang kakitangan yang membantu melancarkan urusan tersebut termasuk membuat analisis situasi, pengurus khidmat pelanggan, pelakon dan pengarah yang bersiap sedia menjalankan tugas.

Teknik yang diguna pakai boleh menjadi sangat rumit dan mahal bersama dengan perjanjian kontrak berbayaran permulaan AS$23,000 (RM95,185.50).

Dalam temu bual bersama media baru-baru ini, Sheng berkata, dia diupah wanita-wanita yang mana suami mereka telah curang dengan perempuan muda.

“Saya mempunyai strategi tersendiri dalam usaha memisahkan suami curang tersebut dengan kekasihnya.

 

PARA isteri sanggup membayar bayaran yang cukup tinggi demi mendapatkan khidmat tersebut bagi memulihkan hubungan dengan para suami.

 

“Salah satu daripada rancangannya ialah dengan merancang percutian singkat yang penuh drama antara suami isteri itu,” terangnya.

Ketika percutian tersebut, suami akan menerima sepucuk surat daripada orang tidak dikenali yang memintanya agar memutuskan hubungan dengan wanita simpanan secepat mungkin kerana dia sudah mempunyai kekasih hati.

Di dalam sampul surat itu juga disertakan beberapa gambar kemesraan wanita simpanan tersebut dengan seorang lelaki sebagai bukti.

Selama 10 hari percutian itu, suami akan mempunyai banyak masa untuk menilai kembali keadaannya dan memperbaiki hubungan dengan isteri.

“Selepas habis percutian tersebut dan sekembalinya ke rumah mereka, suami akan memutuskan hubungan dengan wanita simpanan tanpa menyedari hal itu telah dirancang oleh kami.

“Bagi setiap perkhidmatan yang diterima, pelanggan lazimnya akan membayar kami sekitar AS$30,000 (RM124,155) dan para isteri dengan senang hati berbuat demikian semata-mata ingin memulihkan semula rumah tangga mereka,” ujarnya.

Walaupun pemuda itu tidak menjaminkan rancangan tersebut akan berjaya sepenuhnya kerana terdapat faktor yang sukar dikawal tetapi para isteri sanggup mengambil risiko membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Sheng.

Sheng dan pasukannya akan menggunakan pelbagai cara serta kaedah untuk memutuskan hubungan bersama perempuan simpanan.

 

SHENG telah menjalankan perkhidmatan luar biasa itu sejak enam tahun lalu yang didorong oleh permintaan tinggi para isteri.

 

Mereka juga ada mendekati secara terus para wanita simpanan dan berusaha meyakinkan mereka untuk memutuskan hubungan dengan suami orang kerana itu pilihan terbaik.

Kerja tersebut memerlukan kesabaran, kepakaran dan memerlukan masa yang lama untuk dilaksanakan.

“Bahagian paling besar dalam perkhidmatan kami ialah menganalisis keadaan dan semua staf terlibat untuk mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah pelanggan.

“Adakalanya kami mengupah pelakon lelaki terbaik untuk menggoda para perempuan simpanan dan secara rahsia merakam gambar aksi mesra mereka berdua untuk dijadikan bahan bukti dan menghantarnya kepada suami pelanggan,” tuturnya.

Selain perkhidmatan itu, Sheng dan pasukannya juga menawarkan kepakaran lain seperti menguji cinta untuk melihat tahap kesetiaan pasangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI