fbpx

Betul ke PA Neelofa dan PA Chatime adik-beradik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA individu iaitu PA Chatime dan PA kepada Neelofa dikatakan merupakan adik-beradik.

NAMA selebriti terkenal Neelofa sejak sebelum kahwin sampai dah bersuami, masih lagi hangat diperkatakan netizen.

Walaupun konon-konon masyarakat kata dah muak dengan cerita tentang Neelofa, tapi masih juga berminat nak ambil tahu kisah artis cantik itu.

Seperti yang sudah diketahui netizen, Neelofa dengan suami tersayang, Haris Ismail sekarang ini teruk dihentam netizen sebab dengan ‘mudah’ dapat merentas negeri ke Langkawi. Katanya atas urusan kerja bersama jenama minuman terkenal, Chatime.

Disebabkan kekecohan yang berlaku, timbul pula cerita yang tular dalam Twitter apabila ada seorang pengguna mendakwa, pembantu peribadi (PA) Neelofa dengan PA Chatime merupakan adik-beradik. Eh! Betul ke?

Dalam perkongsian berkenaan, turut disertakan profil kedua-dua individu terbabit yang menggunakan nama bapa yang sama. Wajah pun hampir serupa!

Diva tak berani nak cakap apa-apa sebab tidak dapat dipastikan sama ada nama bapa mereka kebetulan sama atau memang benar mereka berdua adalah adik-beradik.

Pihak yang terlibat pun tidak ada keluarkan apa-apa kenyataan. Sama-samalah kita tunggu ya wahai netizen.

DIVA: Sekarang ramai sibuk berteka-teki sama ada Elly Mazlein hamil atau tidak. Doakan yang baik-baik tau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI