fbpx

Aguero mampu yakinkan Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO bakal meninggalkan Etihad penghujung musim ini selepas kontraknya bersama City tidak disambung. – AFP

BARCELONA – Bekas pemain legenda Barcelona, Rivaldo menyeru agar pengurusan kelab menandatangani khidmat Sergio Aguero pada jendela perpindahan musim depan sekali gus boleh meyakinkan kapten pasukan, Lionel Messi untuk menandatangani kontrak baharu.

Sebagai rekod, Aguero bakal menjadi ‘ejen bebas’ apabila tamat saingan musim ini bersama Manchester City selepas kontraknya tidak diperbaharui secara tidak langsung menyaksikan banyak pasukan gergasi Eropah mengintai khidmatnya.

Namun, Barcelona dianggap sebagai salah satu calon kelab pi­lihan buat Aguero memandang­kan persahabatannya bersama Messi yang juga rakan senegara dari Argentina di luar padang cukup akrab.

Kata Rivaldo, Barcelona yang dikendalikan oleh Ronald Koeman perlu mengambil kesempatan untuk menandatangani khidmat Aguero secepat mungkin kerana boleh menjadi misi serampang dua mata buat mereka dalam usaha mengekalkan Messi di Camp Nou.

“Mana-mana pasukan yang berjaya menandatangani khidmat Aguero cukup beruntung kerana dia masih belum layak untuk digelar penyerang veteran dan boleh lagi memberi sum­bangan besar khususnya dalam menjaringkan gol.

“Ia adalah peluang terbaik buat Barcelona kerana jika mereka mengesahkan kehadiran Aguero lebih awal, sudah tentu Messi akan berfikir dua kali sama ada untuk menyambung kontraknya atau tidak bersama Barcelona musim depan.

“Namun, saya yakin Messi akan kekal jika Aguero berada dalam skuad utama Barcelona kerana ke­dua-dua pemain ini mempunyai hubungan yang cukup akrab di luar padang. Malah, tidak ada siapa boleh menafikan keserasian mereka di atas padang ketika bersama-sama mewakili skuad antarabangsa Argentina,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI