fbpx

12 tukang urut warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tukang urut warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga buah premis di sekitar Bukit Jalil, Desa Sri Hartamas dan Taman Connought lewat malam tadi.

PETALING JAYA – Seramai 12 tukang urut warga Thailand dan Indonesia ditahan dalam serbuan di tiga buah premis di sekitar Bukit Jalil, Desa Sri Hartamas dan Taman Connaught lewat malam tadi.

Dalam serbuan yang bermula pada pukul 11 malam itu, kesemua premis urut tersebut dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Osman Ismail berkata, menerusi siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati berlaku aktiviti pelacuran di ketiga-tiga premis berkenaan.

“Kedua-dua premis berkenaan mempunyai 25 buah bilik yang dijadikan tempat urut dan aktiviti pelacuran sementara sebuah lagi hotel di Desa Sri Hartamas dikenakan notis di bawah Seksyen 107(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan.

“Hasil serbuan di kedua-dua premis terbabit, kita telah menahan 12 wanita disyaki tukang urut warga Thailand dan Indonesia, dua penjaga premis warga tempatan (lelaki) dan tiga pelanggan lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menyita 43 barangan dipercayai untuk aktiviti pelacuran seperti kondom, minyak pelincir, televisyen litar tertutup (CCTV) dan komputer.

“Kita juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan pengeluaran dua notis dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian 2016 dan penutupan serta merta menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kita akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL menerusi http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” jelasnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI