fbpx

10 premis jual tiket loteri, topup judi online ‘bergelap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan TNB memotong bekalan salah sebuah premis menjual loteri haram di sekitar bandar Melaka, Rabu lalu.

MELAKA – Sebanyak 10 buah premis dipercayai menjalankan kegiatan menjual tiket loteri haram dan isian semula nilai judi dalam talian ‘bergelap’ selepas polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pemotongan itu telah dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada Rabu lalu.

Katanya, kawasan yang terlibat adalah di sekitar Kandang, Tiang Dua, Banda Hilir, Ayer Keroh, Malim dan Sungai Udang.

“Hasil risikan, kita telah mengenal pasti 10 premis yang dipercayai telah menjalankan kegiatan menjual tiket loteri haram dan isian semula judi dalam talian.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari BSJ dari IPD Melaka Tengah bersama-sama TNB negeri telah memotong bekalan elektrik dalam serbuan bermula pukul 10 pagi sehingga 4 petang,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, premis-premis itu dipercayai telah aktif menjalankan kegiatan tersebut antara tempoh satu hingga enam bulan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI