fbpx

Isteri ditahan kes bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dengan kesan kelar di bahagian leher dan satu tikaman di bahagian rusuk kanan di hadapan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 8.25 pagi.

Katanya, tempat kejadian merupakan rumah setinggan tidak bernombor di Kampung Desa Makmur itu.

Tambahnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihak polis telah menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

“Kita telah menahan seorang wanita tempatan berumur 30-an iaitu isteri kepada mangsa bagi membantu siasatan.

“Soal siasat lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca serta motif kejadian. Saksi-saksi bebas akan dikesan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak hospital akan menjalankan bedah siasat esok bagi mengetahui punca-punca kematian.

Tambahnya, buat permulaan ini kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI