fbpx

Lereng bukit jadi penempatan haram warga asing diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada warga asing yang diperiksa dalam serbuan ke atas penempatan haram warga asing di Bukit Puchong malam tadi.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan warga asing menjadikan lokasi hutan dan lereng bukit sebagai penempatan mereka sejak beberapa tahun lalu akhirnya terbongkar dalam satu serbuan di Bukit Puchong di sini lewat malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan Ops Bersepadu kira-kira pukul 12.05 malam itu dilakukan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dalam serbuan ini, kami telah memeriksa seramai 63 warga asing dan daripada jumlah itu seramai 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada 33 warga Indonesia serta 10 warga Bangladesh berusia 25 hingga 50 tahun telah ditahan.

“Siasatan awal mendapati antara kesalahan yang dikesan adalah tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai operasi.

Menurut Khairul Dzaimee, lokasi penempatan haram berkenaan dipercayai telah dibina dan dihuni sejak enam ke tujuh tahun lalu berdasarkan pemerhatian pihaknya pada keadaan rumah dan laluan denai yang terdapat di situ.

“Keluasan penempatan haram ini dianggarkan seluas kira-kira tiga ekar di kawasan lereng bukit dan mereka juga dikesan membuat sambungan haram untuk mencuri bekalan air serta elektrik bagi kegunaan seharian.

“Ada di antara PATI yang menetap di sini bekerja di kawasan pembinaan dan kedai makan malah soal siasat mendapati segelintir daripada mereka berpindah ke sini setelah hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19 dan tidak mampu membayar sewa rumah,” ujar beliau.

Tambah beliau, keadaan penempatan haram tersebut yang daif juga boleh menjadi punca wabak Covid-19 merebak jadi pihaknya akan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan kerja-kerja perobohan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI